Pages

hye all



Sunday 4 June 2017

Fatimah Mutalib #tenanglahdisana






8 ramadan 1438, adik fatimah mutalib pergi buat selamanya....Al-Fatihah buat mu dik...

kak ana x tahu apa perasaan sekarng..terbayang bayang wajah kamu dik...
serius kak ana terkejut....kak ana ingt awak akan survive lagi...tp..Allah lebih sayangkan kamu.. Dia ambil semula nyawa yang dipnjamkan olehNya di bulan yang mulia ni...

kak ana ingt lagi...awak lah orang yang selalu kacau kak ana tdo..call berpuluh kali  pukul 3 4 pagi semata ajak study sama2,solat sunat sesama.....awak jugak orang yang selalu kacau kak ana ngn kak dila....

hari yang awak tahu awak sakit...patangnya awak call kak ana..awak cakp awak bru balik hospital....bila balik..tnya mak awak...awak sakit apa..dr cakp apa....mak awak cuma cakap "hari isnin masuk hospital" n mak awak masuk bilik... kita borak,,awak ckp awak kerap sakit kepala..kadang2 sakitanya x tertanggung...
lepas awak admit ward..baru kak ana tahu awak ada brain tumor.... terdiam kak ana dengar...tpi awak kuat...awak tetap lawan dik.....walaupon awak x dapat ambik spm dengn kawan2 batch awak...awak tetap kuat...

satu hari tu..kita mcj....kak ana tanya keadaan awak..awak kata nak buat chemotherapy....awak cakap...awak x mampu jalan...nak kemana-mana semua abg kena dukung..2 kali awak buat......dan awak makin sihat......makin sihat....

then...lama lepas tu awak mcj kak ana...panggil kendri awak...sruh ckp kat abg2 n kak2 kelana awak... kak ana bersyukur awak makin sihat dan bakal bersuami..tp kak ana x dapat dtang majlis awak...sebb kak ana masih study kat terengganu....

bila dah kawin....masing2 ada haluan....kak ana pon dah x macj awak..x tanya kabar awak...

hari ni kak ana menyesal dik..sangat menyesal......hampir 4 bulan kat alor star..akak ana x cari awak walaupon sekali....kak ana menyesal sangat2 bila dpat tahu awak dah x dak....last kat ana jumpa awak masa kat hospital....itulah kali terakhir..lepas tu kita dah x sempat nak jumpa...sampailah hari ni..bila kak ana bukak fb...tgk post yang awak dah tiada....berkali2 kak ana baca...betullah...Allah dah ambik awak dari kami....terus trdiam n cari gambar kita dik.......Akhirnya Allah menamatkan perjuangan awak dengan sakit yang lama awak alami dik....

dik...walaupon awak dah tiada kat dunia ni..kak ana akan selalu ingt awak..senyum awak...kita main sama2,makan sama2,kerja sama2..pakai baju purple yang dapat tu..pas2 dok belakang KOMBES buat kerja...masuk bendang man...main..huhu..

semoga awak tenang disana dikk........moga kita berjumpa disana......di syurga Allah..